Salam kebahagian dan kejayaan buat semua…

Agak lama rasanya tidak update blog kat Frienster ni…maklumlah agak sibuk dengan pelbagai program. Ini termasuklah update sabahdaily dan perniagaan internet yang lain.

Buat masa ini, Sabahdaily tengah sibuk membangunkan satu laman web ecommerce atau dengan kata lain Perniagaan Elektronik. Ia adalah satu bentuk perniagaan internet yang menghimpunkan pelbagai jenis produk fizikal dan digital dalam satu laman web.

Produk-produk yang akan menjadi keutamaan ialah produk fizikal. Dijangka ratusan malah mungkin mencecah ribuan jenis, bentuk dan rupa produk yang akan dijual. Apa produk-produk fizikal tersebut..? Untuk mengetahuinya….nantikan kehadirannya.

Laman web ecommerce ini akan menggunakan sistem shopping cart untuk memudahkan pembeli membeli pelbagai produk dalam satu masa.

Jika tiada aral melintang, laman web ini akan dilancarkan akhir tahun ini dengan nama Sabahdaily Shop.

Nantikan kemunculan Sabahdaily Shop.