Salam kejayaan buat semua.

Pihak Sabahdaily.com kini memberi peluang kepada anda yang mempunyai perniagaan dan perniagaan internet untuk menghantar artikel yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Produk dan pekhidmatan yang dibenarkan adalah produk yang sah di sisi undang-undang dan bukannya produk atau perkhidmatan yang haram. Contohnya seperti ebook, software, skrip, perkhidmatan membina laman web dan blog, perkhidmatan design dan yang seumpamanya.

Setiap artikel yang dihantar mestilah mempunyai maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual dan berguna kepada pembaca. Maksudnya kongsikan sedikit maklumat penting yang ada di dalam produk tersebut serta info tambahan yang berkaitan.

JANGAN hanya semata-mata menulis maklumat untuk tujuan promosi produk tersebut. Namun anda boleh menyertakan gambar atau image produk dan perkhidmatan.

Setiap link ke laman web jualan anda boleh diletakkan pada perkataan tertentu dalam artikel tersebut atau di akhir setiap artikel tersebut. Jangan lupa meletakkan nama dan laman web jualan anda sekali.

Setiap artikel yang dihantar akan disemak oleh pihak kami dan artikel yang sesuai serta memenuhi kretiria sahaja yang akan dilulus terbitkan. Artikel yang terpilih akan diterbitkan dan diletakkan di bahagian “Perniagaan Internet“.

Di harap anda semua dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

Untuk menghantar artikel, anda boleh gunakan borang di SINI atau menggunakan email sabahdaily[a]gmail.com.

Sekian.