Sabahdaily Shop Sedang Dibangunkan

perniagaan  Tagged No Comments »

Salam kebahagian dan kejayaan buat semua…

Agak lama rasanya tidak update blog kat Frienster ni…maklumlah agak sibuk dengan pelbagai program. Ini termasuklah update sabahdaily dan perniagaan internet yang lain.

Buat masa ini, Sabahdaily tengah sibuk membangunkan satu laman web ecommerce atau dengan kata lain Perniagaan Elektronik. Ia adalah satu bentuk perniagaan internet yang menghimpunkan pelbagai jenis produk fizikal dan digital dalam satu laman web.

Produk-produk yang akan menjadi keutamaan ialah produk fizikal. Dijangka ratusan malah mungkin mencecah ribuan jenis, bentuk dan rupa produk yang akan dijual. Apa produk-produk fizikal tersebut..? Untuk mengetahuinya….nantikan kehadirannya.

Laman web ecommerce ini akan menggunakan sistem shopping cart untuk memudahkan pembeli membeli pelbagai produk dalam satu masa.

Jika tiada aral melintang, laman web ini akan dilancarkan akhir tahun ini dengan nama Sabahdaily Shop.

Nantikan kemunculan Sabahdaily Shop.

Ruang IKLAN Kini Dibuka

perniagaan, umum  Tagged , No Comments »

Sempena tahun baru 2009 ini, Sabahdaily telah membuka semua posisi ruang iklan untuk disewa kepada anda yang berminat.

Oleh itu, kepada anda yang mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dipromosi, inilah tempatnya untuk anda iklankan produk dan prekhidmatan anda itu pada kadar yang cukup berpatutan.

Selain itu, kepada mereka yang menyertai program affiliate juga digalakkan untuk mengiklankannya di sini.

Pastikan produk dan perkhidmatan yang anda iklankan itu adalah produk yang halal dan sah di sisi undang-undang negara.

Untuk maklumat lanjut, klik SINI..

P/S : Semoga dengan hasil pengiklanan anda ini dapat membantu pengurusan dan penyelengaraan Sabahdaily.com di masa hadapan.

Sekian

Selamat Tahun Baru 2009

umum  Tagged , , No Comments »

Sempena menyambut tahun baru hari ini, kami di Sabahdaily.com dengan laungan sekuat hati ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009.

Apa azam dan matlamat untuk tahun baru ini…..? Tetapkan target untuk azam dan matlamat anda sekarang…Pastikan azam dan matlamat anda di tahun baru ini adalah yang terbaik. Baik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara anda.

Semoga tahun baru 2009 segala yang diharapkan akan tercapai dengan cemerlang dan gemilang…:)

Sekian

Iklan Percuma Artikel Perniagaan Internet

perniagaan  Tagged 2 Comments »

Salam kejayaan buat semua.

Pihak Sabahdaily.com kini memberi peluang kepada anda yang mempunyai perniagaan dan perniagaan internet untuk menghantar artikel yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Produk dan pekhidmatan yang dibenarkan adalah produk yang sah di sisi undang-undang dan bukannya produk atau perkhidmatan yang haram. Contohnya seperti ebook, software, skrip, perkhidmatan membina laman web dan blog, perkhidmatan design dan yang seumpamanya.

Setiap artikel yang dihantar mestilah mempunyai maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda jual dan berguna kepada pembaca. Maksudnya kongsikan sedikit maklumat penting yang ada di dalam produk tersebut serta info tambahan yang berkaitan.

JANGAN hanya semata-mata menulis maklumat untuk tujuan promosi produk tersebut. Namun anda boleh menyertakan gambar atau image produk dan perkhidmatan.

Setiap link ke laman web jualan anda boleh diletakkan pada perkataan tertentu dalam artikel tersebut atau di akhir setiap artikel tersebut. Jangan lupa meletakkan nama dan laman web jualan anda sekali.

Setiap artikel yang dihantar akan disemak oleh pihak kami dan artikel yang sesuai serta memenuhi kretiria sahaja yang akan dilulus terbitkan. Artikel yang terpilih akan diterbitkan dan diletakkan di bahagian “Perniagaan Internet“.

Di harap anda semua dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya.

Untuk menghantar artikel, anda boleh gunakan borang di SINI atau menggunakan email sabahdaily[a]gmail.com.

Sekian.

Happy Deepavali dari Sabahdaily.com

umum  Tagged No Comments »

Sabahdaily mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua warga Malaysia yang beragama Hindu.

Semoga Pesta Cahaya ini akan memberikan kecerian buat anda semua dan berharap negara kita akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur.

Salam Aidilfitri

umum  Tagged No Comments »

Sempena Hari Raya Aidilftri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, pihak Sabahdaily.com ingin mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada semua pembaca setia.


::Kad Ucapan Raya Percuma

Dari saya…..SALAM KECERIAN DAN SALAM KEBAHAGIAN

Wassalam

Selamat Datang Ke SabahDaily.com

Pelbagai  Tagged No Comments »

Salam kecerian kepada semua pembaca.

Sabahdaily.com merupakan akhbar alternatif online yang diwujudkan untuk memberi dan berkongsi berita, maklumat, informasi, pendapat dan pandangan umum berkaitan sesuatu perkara. Tumpuan utama Sabahdaily.com ialah berkaitan dengan berita dan isu semasa yang terjadi di sekeliling kita.

Untuk memeriahkan laman web ini, anda digalakkan untuk menghantar apa sahaja berita, artikel, pendapat dan sebagainya kepada kami. Kategori yang dibenarkan adalah seperti berita, isu semasa, artikel, perniagaan internet, teknologi dan IT, pendidikan, agama dan perkara yang berkaitan dengannya.

Untuk menghantar berita dan artikel anda, sila kirimkannya ke alamat email berikut atau menggunakan borang (disini) yang disediakan di bawah :

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Segala maklumat yang dipaparkan adalah untuk anda fikirkan bersama.

Sekian

Helo dunia!

Pelbagai 2 Comments »

Welcome to Friendster Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!


Theme & Icons by N.Design Studio.
Entries RSS Comments RSS Log in